top of page

MENGENAI KAMI
Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Utara Malaysia atau lebih dikenali sebagai D'Ikhlas adalah sebuah pertubuhan amal bukan kerajaan yang berdaftar dibawah Jabatan Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-002-07-02062016. Pertubuhan ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum.
Objektif pertubuhan ini adalah bertujuan untuk membantu golongan :
-
asnaf
-
anak-anak yatim
-
fakir miskin
-
golongan gelandangan
-
warga emas
-
mangsa bencana
Skop bantuan yang disalurkan adalah didalam bentuk pemberian makanan kepada golongan gelandangan pada setiap sabtu di sekitar kawasan Butterworth serta memberi bantuan asas kepada golongan fakir dan miskin. Selain itu, pertubuhan ini juga turut memberikan sumbangan pakaian kepada golongan miskin yang diperoleh melalui sumbangan orang ramai.
bottom of page